Isnin, 6 Februari 2017

Decluttering. Refuse, reduce, reuse, recycle

Bukan 3R, lebih baik 4R.

  1. REFUSE. Ya. Tolak apa2 yang tak perlu. Biz kad, flyers, freebies, etc. Makanan kalau nak ambil pastikan ada orang yang akan makan. Jangan tamak lepas tu sampai rumah masuk bakul sampah. Lebih baik bagi jiran atau sesiapa yang lebih memerlukan.
  2. REDUCE. Kurangkan penggunaan beg plastik, pembungkus pakai buang dll. Lebih baik kalau nak take away bawa bekas makanan sendiri. Sesetengah kedai di sini hantar pinggan ke tempat kerja customer. Kurangkan pembuangan sampah. Lebih baik berbanding guna plastik dan polisterine dan kurangkan kos. Cuma kos cuci pinggan dan sabun basuh pinggan sahaja.
  3. REUSE. Guna semula. Sebelum nak beli apa-apa, cari apa alternatif yang ada di rumah anda tanpa anda perlu beli baru. Contohnya menyemai pokok. Tak perlu beli plastik polybag atau kotak semaian. Boleh guna plastik yang ada di rumah dan tray telur untuk buat semaian. Baja boleh guna baja kompos dari sisa makanan sekaligus mengurangkan sampah di rumah. Sisa makanan boleh juga bagi makan binatang seperti burung, kucing dan anjing tak bertuan di sekitar rumah. Lain2 boleh search online. Banyak tips yang dikongsikan dari dalam dan luar negara.
  4. RECYCLE. Ini last option. Asing bahan buangan di rumah. Plastik, aluminium, tin, dll. Kalau lori beli barang recycle selalu lalu, jual jek. Jangan berkira sangat berapa sen kita dapat. Dia bawa lori tu lagi banyak keluar modal nak cari barang yang orang nak jual. Kaca jarang dah ambil sbb murah sangat. Kaca boleh kumpul dan hantar terus ke mana-mana recycling centre.
Setakat hari nie, selepas cuba buat 4 perkara di atas, rumah ada sedikit lapang. Kurang clittering berbanding dulu. Masih banyak lagi boleh dipertingkatkan. InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan