Ahad, 22 Januari 2017

Denggi dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Kisah saya dengan Shaklee dah lama. Semenjak saya beli full set breastfeeding anak yang pertama. Tapi saya jenis tak konsisten dengan supplement. Takde disiplin.

Turning point saya bermula bila saya diserang demam denggi. Saya ambil keputusan nak makan supplement kerana selepas keluarga was, saya masih tak selera makan. Nak minum air daun betik tu saya tak boleh telan. Jadi, saya beli ESP dengan performance drink jek masa tu. Itulah menu harian saya sehingga saya rasa ada tenaga dan bertambah selera makan macam biasa.

Nie nak cerita juga, kena denggi, badan memang rasa lemah semacam. Lepas dah sembuh pun masih rasa lain macam. Demam denggi ada bermacam2 jenis. Kena sekali kita imun pada jenis tu sahaja. Nasib tak baik, boleh kena lagi kerana jenis demam denggi makin banyak bila virus denggi evolve dengan perubahan antibodi manusia. Jadi, jagalah kebersihan persekitaran. Jangan ambil mudah dan mementingkan diri sendiri. Rumah sendiri nak bersih, tapi persekitaran kita tak mahu jaga.

Rabu, 18 Januari 2017

Rumah sewa vs rumah sendiri

Tajuk agak awkward utk saya sebenarnya memandangkan saya bukan pakat kewangan dan saya sendiri tak pernah membeli rumah.

Pendapat peribadi saya, menyewa kurang dari segi kos. Kos penyelenggaraan, cukai pintu, cukai tanah. Nak pindah randah pun lebih mudah terutama kalau dapat fully furnished. Jaga jek macam jaga rumah sendiri, bayar sewa on time, InsyaAllah mudahlah urusan kita. Terutama kalau single dan tiada apa2 komitmen lain.

Kalau dah ada rumah sendiri, sewakan kalau installment lebih tinggi dari harga sewa rumah. Sewakan rumah Dan sewakan bilik di rumah sewa kalau menyewa satu rumah. Bayar instalment rumah dengan duit sewa dan bayar sewa rumah dengan duit sewa bilik.

Tapi kalau dah berkeluarga, baik ada rumah sendiri sbb lebih cost efficient. Sebab privacy lebih utama. Harga sewa dengan instalment lebih kurang. Lebih baik bayar untuk dapat rumah sendiri. Nak ubah suai ikut suka hati. Kalau rumah sewa tak boleh nak ubah2 sesuka hati. Nak cat pun x boleh kekadang.


  • Walau bagaimanapun terpulang pada individu dan keperluan situasi semasa. Mana lebih elok, suka hati korang.

Ahad, 15 Januari 2017

Cerita saya dan Vivix

Sebut Vivix Shaklee semua orang tau. Supplement paling berharga keluarga Shaklee. Saya pernah merasa masa saya masih bekerja Dan mampu beli untuk ibu saya. Saya pun tumpang sekali masa tu sebab dapat 5% diskaun kalau beli dua. Belikan mak sebab mak ada diabetes. Gula makin tinggi tak may turun. So, bagi jek laa suruh mak makan. Hari nie makan, esok dah turun ke paras normal untuk pesakit diabetes. Lepas habis sebotol mak konsisten jaga makan jek. Alhamdulillah. Kesan lain, sagging kat muka mak dah kurang. Tu bonuslaa.

Alhamdulillah saya tak kesal belikan mak. Semoga mak terus sihat dan dilanjutkan usia. Insya-Allah.

Rabu, 4 Januari 2017

Saya dan Supplement

Assalamualaikum

Hari nie panjang sikit cerita. Cerita dari zaman budak sampai dewasa.

Saya masa baby kena demam panas sampai kena ambil air tulang belakang. Lepas tu mak cerita antibodi saya memang dah merudum. Tak boleh lasak sikit mesti demam, batuk, selsema. Pakej yang tak hilang sampai hari ini.

Yang nasib baik sikit, saya suka sayur berdaun hijau. Tapi masih tak cukup sbb tak suka lauk. Mak masak pindang ikan sebab nak anak dia dapat zat ikan dari kuah. Adik saya terbalik. So memang anak2 mak, sorang hirup kuah sayur, sorang hirup kuah pindang.

Still antibodi masih lemah berbanding adik saya. Jadi bermula eksperimen supplement ke atas saya. Bunga belimbing buluh, lidah buaya, tu yang saya ingat. Sirap bunga belimbing tu pedar2 sikit tp letak gula batu, laju saya telan. Memang baik demam lepas minum tu. Lepas tu main balik, demam lagi.

Scott emulsion pula. Nie OK. Saya kurang MC. Lepas tu chewables nutrilite. Lepas tu vitamin C nutrilite. Semua tu memang bagus untuk kanak2 yang nutrisi hariannya tak menentu. Sesiapa dah jadi ibu pasti tahu. Dah naik sekolah menengah dah stop supplement sebab dah boleh kawal makan. Dah boleh paksa diri untuk makan dengan cukup nutrisi so kesihatan masa tu agak stabil laa.

Menengah atas saya di asrama. Setiap hari dengan nasi kawah. Saya mmg cheapskate. Apa ada saya makan. Result ya, dalam kelas sayalah raja tidur. Almost all the time. Sampailah satu hari tu Cikgu bahasa melayu panggil dan tanya kenapa selalu tidur dalam kelas? Saya pun tak tau nak jawab. Siang dah tidur, malam saya tak boleh tidur. Cikgu tu cakap, cuba kurangkan portion nasi. Saya pun buat. Alhamdulillah, memang jadi. Saya dah kurang tidur di kelas.

Next year Abah bekalkan gingko. Nie memang best. Rasa fresh jek kat kelas. Cuma kelas yang extremely boring jek saya tertidur. That year Alhamdulillah SPM saya dapat 1st class walaupun tak cemerlang sangat.

So, kepada ibubapa di sana. Supplement bukan pengganti makan sebenar. Tapi ada masanya ianya diperlukan. Kalau anak2 ada masalah kesihatan atau fokus di kelas, tak semua datang dari masalah sikap.

Jangan mudah melabel anak kita bodoh, malas etc. Anak2 cermin diri kita masa kecil. Cuba bayangkan kita di usia itu, apa yang kita harapkan ibu bapa kita akan buat dan secara tidak langsung, kita sebenarnya tahu apa yang akan buat anak hormat, takut, dan gembira dengan tindakan kita.

Selasa, 3 Januari 2017

Inflasi dan Saya

Bermula tahun baru 2017 menyaksikan kenaikan harga petrol. Bagi yang sentiasa isi penuh, tak perlu risau dah kerana dah x boleh buat apa lagi. Yang tank kosong sahaja yang beratur mengambil kesempatan sebelum harga petrol naik. Beginilah anologi untuk orang yang tak pernah menyimpan. Bila dah sesak baru nak mencari. Masa senang tak mahu beringat.

Berjimat tak pernah habis musim. Ianya sentiasa relevant. Dengan tabiat berjimat kita sebanarnya mengawal inflasi. Tak perlu jangan beli. Makan masa lapar berhenti sebelum kenyang. Bukan makan sampai tak boleh bangun.

Duduk di Bandar dekat dgn kedai. Jalan sekejap dah sampai. Jimat petrol, badan pun sihat. Parking tak payah bayar. Anak2 pun sihat dan belajar bersusah sedikit. Kemalangan pun kurang bila kurang kenderaan yang bergerak.

Orang kita ramai xnak menyimpan sebab kedekut nak berzakat. Padahal zakat tu cuma 1/40. Faedahnya sampai akhir. Membazir tu amalan syaitan. Balanya di dunia bawa ke akhirat.