Selasa, 3 Januari 2017

Inflasi dan Saya

Bermula tahun baru 2017 menyaksikan kenaikan harga petrol. Bagi yang sentiasa isi penuh, tak perlu risau dah kerana dah x boleh buat apa lagi. Yang tank kosong sahaja yang beratur mengambil kesempatan sebelum harga petrol naik. Beginilah anologi untuk orang yang tak pernah menyimpan. Bila dah sesak baru nak mencari. Masa senang tak mahu beringat.

Berjimat tak pernah habis musim. Ianya sentiasa relevant. Dengan tabiat berjimat kita sebanarnya mengawal inflasi. Tak perlu jangan beli. Makan masa lapar berhenti sebelum kenyang. Bukan makan sampai tak boleh bangun.

Duduk di Bandar dekat dgn kedai. Jalan sekejap dah sampai. Jimat petrol, badan pun sihat. Parking tak payah bayar. Anak2 pun sihat dan belajar bersusah sedikit. Kemalangan pun kurang bila kurang kenderaan yang bergerak.

Orang kita ramai xnak menyimpan sebab kedekut nak berzakat. Padahal zakat tu cuma 1/40. Faedahnya sampai akhir. Membazir tu amalan syaitan. Balanya di dunia bawa ke akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan