Rabu, 18 Januari 2017

Rumah sewa vs rumah sendiri

Tajuk agak awkward utk saya sebenarnya memandangkan saya bukan pakat kewangan dan saya sendiri tak pernah membeli rumah.

Pendapat peribadi saya, menyewa kurang dari segi kos. Kos penyelenggaraan, cukai pintu, cukai tanah. Nak pindah randah pun lebih mudah terutama kalau dapat fully furnished. Jaga jek macam jaga rumah sendiri, bayar sewa on time, InsyaAllah mudahlah urusan kita. Terutama kalau single dan tiada apa2 komitmen lain.

Kalau dah ada rumah sendiri, sewakan kalau installment lebih tinggi dari harga sewa rumah. Sewakan rumah Dan sewakan bilik di rumah sewa kalau menyewa satu rumah. Bayar instalment rumah dengan duit sewa dan bayar sewa rumah dengan duit sewa bilik.

Tapi kalau dah berkeluarga, baik ada rumah sendiri sbb lebih cost efficient. Sebab privacy lebih utama. Harga sewa dengan instalment lebih kurang. Lebih baik bayar untuk dapat rumah sendiri. Nak ubah suai ikut suka hati. Kalau rumah sewa tak boleh nak ubah2 sesuka hati. Nak cat pun x boleh kekadang.


  • Walau bagaimanapun terpulang pada individu dan keperluan situasi semasa. Mana lebih elok, suka hati korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan