Assalamualaikum
Hari nie panjang sikit cerita. Cerita dari zaman budak sampai dewasa.
Saya masa baby kena demam panas sampai kena ambil air tulang belakang. Lepas tu mak cerita antibodi saya memang dah merudum. Tak boleh lasak sikit mesti demam, batuk, selsema. Pakej yang tak hilang sampai hari ini.
Yang nasib baik sikit, saya suka sayur berdaun hijau. Tapi masih tak cukup sbb tak suka lauk. Mak masak pindang ikan sebab nak anak dia dapat zat ikan dari kuah. Adik saya terbalik. So memang anak2 mak, sorang hirup kuah sayur, sorang hirup kuah pindang.
Still antibodi masih lemah berbanding adik saya. Jadi bermula eksperimen supplement ke atas saya. Bunga belimbing buluh, lidah buaya, tu yang saya ingat. Sirap bunga belimbing tu pedar2 sikit tp letak gula batu, laju saya telan. Memang baik demam lepas minum tu. Lepas tu main balik, demam lagi.
Scott emulsion pula. Nie OK. Saya kurang MC. Lepas tu chewables nutrilite. Lepas tu vitamin C nutrilite. Semua tu memang bagus untuk kanak2 yang nutrisi hariannya tak menentu. Sesiapa dah jadi ibu pasti tahu. Dah naik sekolah menengah dah stop supplement sebab dah boleh kawal makan. Dah boleh paksa diri untuk makan dengan cukup nutrisi so kesihatan masa tu agak stabil laa.
Menengah atas saya di asrama. Setiap hari dengan nasi kawah. Saya mmg cheapskate. Apa ada saya makan. Result ya, dalam kelas sayalah raja tidur. Almost all the time. Sampailah satu hari tu Cikgu bahasa melayu panggil dan tanya kenapa selalu tidur dalam kelas? Saya pun tak tau nak jawab. Siang dah tidur, malam saya tak boleh tidur. Cikgu tu cakap, cuba kurangkan portion nasi. Saya pun buat. Alhamdulillah, memang jadi. Saya dah kurang tidur di kelas.
Next year Abah bekalkan gingko. Nie memang best. Rasa fresh jek kat kelas. Cuma kelas yang extremely boring jek saya tertidur. That year Alhamdulillah SPM saya dapat 1st class walaupun tak cemerlang sangat.
So, kepada ibubapa di sana. Supplement bukan pengganti makan sebenar. Tapi ada masanya ianya diperlukan. Kalau anak2 ada masalah kesihatan atau fokus di kelas, tak semua datang dari masalah sikap.
Jangan mudah melabel anak kita bodoh, malas etc. Anak2 cermin diri kita masa kecil. Cuba bayangkan kita di usia itu, apa yang kita harapkan ibu bapa kita akan buat dan secara tidak langsung, kita sebenarnya tahu apa yang akan buat anak hormat, takut, dan gembira dengan tindakan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan