Dengan kepesatan media sosial suara kita jadi semakin mudah didengar. Tapi janganlah ianya dijadikan tiket untuk menyebarkan fakta yang tidak berasas dan tidak berfaedah.
Mengumpat lagikan berdosa. Menfitnah apatah lagi. Apa sahaja khabar angin yang tidak membawa faedah apatah lagi mengaibkan tidak sepatutnya disebarkan. Apatah lagi di bulan mulia Ramadhan ini kan.
Seperkara lagi, semua orang ada berbeza pendapat. Tapi biarlah ia dibuat secara berhemah. Jangan semata2 menegakkan benang basah, kita melanggar setiap peraturan dan bertindak semberono semata2 menegakkan apa yang kita percaya.
Saya percaya kebenaran adalah cahaya. Sekuat mana kita menutupnya ia akan bersinar juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan