Sabtu, 3 Mac 2018

Get Clean® Water Pitcher

Memperkenalkan Air Get Clean®

Kod Produk:52114
Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.
Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.
Marilah kita meraikannya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula
Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos
Keunikan Shaklee
Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
Sumber dari, http://www.shaklee.com.my/products/healthy-home/get-clean-water-pitcher/.

Harga pasaran:

FILTER (3 PACKS) : RM168.75
HOUSING KIT (1 UNIT) : RM107.50
PITCHER (1 UNIT) : RM236.25

GET CLEAN STARTER PACK WITH : RM512.50
WATER REFILL 3 PACKS
POSTAGE OR COD : RM10.00

JUMLAH : RM519.90

Kepada yang berminat untuk terus mendapatkannya secara online boleh klik sahaja di SINI.

Atau boleh hubungi saya di 0127967079 untuk dapatkannya melalui COD (preferable with deposit for first time customer).

Sabtu, 10 Jun 2017

Kebenaran adalah cahaya

Dengan kepesatan media sosial suara kita jadi semakin mudah didengar. Tapi janganlah ianya dijadikan tiket untuk menyebarkan fakta yang tidak berasas dan tidak berfaedah.

Mengumpat lagikan berdosa. Menfitnah apatah lagi. Apa sahaja khabar angin yang tidak membawa faedah apatah lagi mengaibkan tidak sepatutnya disebarkan. Apatah lagi di bulan mulia Ramadhan ini kan.

Seperkara lagi, semua orang ada berbeza pendapat. Tapi biarlah ia dibuat secara berhemah. Jangan semata2 menegakkan benang basah, kita melanggar setiap peraturan dan bertindak semberono semata2 menegakkan apa yang kita percaya.

Saya percaya kebenaran adalah cahaya. Sekuat mana kita menutupnya ia akan bersinar juga.

Jumaat, 26 Mei 2017

Antara Malaikat dan Manusia

Pernah bila kita cuba nasihat orang cakap, "alah, ko pun bukan malaikat."

Seriously aku agak sentap dgn statement mcm nie. Sebab kita manusia kita kena jaga nafsu. Malaikat tak perlu jaga sebab malaikat tiada nafsu.

Malahan kerana kelebihan itulah yang menjadikan manusia boleh jadi lebih hina dari haiwan kerana dikurniakan akal tapi tak mampu kawal nafsu. Dan boleh juga jadi lebih mulia dari malaikat kerana mempunyai nafsu tapi mampu mengemudinya untuk dipimpin ke jalan yang benar sahaja.

Kita nak jadi golongan yang mana?

Rabu, 10 Mei 2017

Pencuci mesra alam

Setiap hari kita guna pelbagai jenis pencuci, dari pencuci pinggan, pakaian, rumah, kereta dan sebagainya.

Pernah tak kita periksa label kandungan bahan pencuci kita? Sains dah membuktikan kandungan fosfat dalam pencuci boleh mencemarkan sumber air kita. Sesetengah negara dah mengharamkan penggunaan fosfat di dalam semua pencuci. Tu baru satu contoh.

Apa kata kita mulakan dari rumah kita. Faedahnya akan kembali kepada kita. Kita membantu menjimatkan kos pemprosesan air mentah, selamatkan alam sekitar, penjimatan kos boleh dimanfaatkan pada peningkatan perkhidmatan. Cuma dengan periksa label. Pilih pencuci mesra alam.

Kalau rasa susah nak cari, saya rekemen Shaklee. Pencuci pinggan, baju, lantai, semua ada. Semuanya dari bahan alami. Ada landmark study. Tak perlu ragu lagi. Nak murah lagi, jadi ahli boleh dapat diskaun sampai 20%.

Senarai harga:

Basic H 16oz : RM48.75 (w/o GST)
Dish wash 16oz : RM46.25 (w/o GST)
Fresh Laundry 5.5lb : RM83.75 (w/o GST)
Soft Fabric 32fl : RM43.75 (w/o GST)

GET CLEAN HOME CARE SET : RM222.50
POSTAGE OR COD : RM10
TOTAL : RM229.00

Hubungi saya di 0127967079 untuk mendapatkannya.

Isnin, 6 Februari 2017

Decluttering. Refuse, reduce, reuse, recycle

Bukan 3R, lebih baik 4R.

  1. REFUSE. Ya. Tolak apa2 yang tak perlu. Biz kad, flyers, freebies, etc. Makanan kalau nak ambil pastikan ada orang yang akan makan. Jangan tamak lepas tu sampai rumah masuk bakul sampah. Lebih baik bagi jiran atau sesiapa yang lebih memerlukan.
  2. REDUCE. Kurangkan penggunaan beg plastik, pembungkus pakai buang dll. Lebih baik kalau nak take away bawa bekas makanan sendiri. Sesetengah kedai di sini hantar pinggan ke tempat kerja customer. Kurangkan pembuangan sampah. Lebih baik berbanding guna plastik dan polisterine dan kurangkan kos. Cuma kos cuci pinggan dan sabun basuh pinggan sahaja.
  3. REUSE. Guna semula. Sebelum nak beli apa-apa, cari apa alternatif yang ada di rumah anda tanpa anda perlu beli baru. Contohnya menyemai pokok. Tak perlu beli plastik polybag atau kotak semaian. Boleh guna plastik yang ada di rumah dan tray telur untuk buat semaian. Baja boleh guna baja kompos dari sisa makanan sekaligus mengurangkan sampah di rumah. Sisa makanan boleh juga bagi makan binatang seperti burung, kucing dan anjing tak bertuan di sekitar rumah. Lain2 boleh search online. Banyak tips yang dikongsikan dari dalam dan luar negara.
  4. RECYCLE. Ini last option. Asing bahan buangan di rumah. Plastik, aluminium, tin, dll. Kalau lori beli barang recycle selalu lalu, jual jek. Jangan berkira sangat berapa sen kita dapat. Dia bawa lori tu lagi banyak keluar modal nak cari barang yang orang nak jual. Kaca jarang dah ambil sbb murah sangat. Kaca boleh kumpul dan hantar terus ke mana-mana recycling centre.
Setakat hari nie, selepas cuba buat 4 perkara di atas, rumah ada sedikit lapang. Kurang clittering berbanding dulu. Masih banyak lagi boleh dipertingkatkan. InsyaAllah.


Ahad, 22 Januari 2017

Denggi dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Kisah saya dengan Shaklee dah lama. Semenjak saya beli full set breastfeeding anak yang pertama. Tapi saya jenis tak konsisten dengan supplement. Takde disiplin.

Turning point saya bermula bila saya diserang demam denggi. Saya ambil keputusan nak makan supplement kerana selepas keluarga was, saya masih tak selera makan. Nak minum air daun betik tu saya tak boleh telan. Jadi, saya beli ESP dengan performance drink jek masa tu. Itulah menu harian saya sehingga saya rasa ada tenaga dan bertambah selera makan macam biasa.

Nie nak cerita juga, kena denggi, badan memang rasa lemah semacam. Lepas dah sembuh pun masih rasa lain macam. Demam denggi ada bermacam2 jenis. Kena sekali kita imun pada jenis tu sahaja. Nasib tak baik, boleh kena lagi kerana jenis demam denggi makin banyak bila virus denggi evolve dengan perubahan antibodi manusia. Jadi, jagalah kebersihan persekitaran. Jangan ambil mudah dan mementingkan diri sendiri. Rumah sendiri nak bersih, tapi persekitaran kita tak mahu jaga.

Rabu, 18 Januari 2017

Rumah sewa vs rumah sendiri

Tajuk agak awkward utk saya sebenarnya memandangkan saya bukan pakat kewangan dan saya sendiri tak pernah membeli rumah.

Pendapat peribadi saya, menyewa kurang dari segi kos. Kos penyelenggaraan, cukai pintu, cukai tanah. Nak pindah randah pun lebih mudah terutama kalau dapat fully furnished. Jaga jek macam jaga rumah sendiri, bayar sewa on time, InsyaAllah mudahlah urusan kita. Terutama kalau single dan tiada apa2 komitmen lain.

Kalau dah ada rumah sendiri, sewakan kalau installment lebih tinggi dari harga sewa rumah. Sewakan rumah Dan sewakan bilik di rumah sewa kalau menyewa satu rumah. Bayar instalment rumah dengan duit sewa dan bayar sewa rumah dengan duit sewa bilik.

Tapi kalau dah berkeluarga, baik ada rumah sendiri sbb lebih cost efficient. Sebab privacy lebih utama. Harga sewa dengan instalment lebih kurang. Lebih baik bayar untuk dapat rumah sendiri. Nak ubah suai ikut suka hati. Kalau rumah sewa tak boleh nak ubah2 sesuka hati. Nak cat pun x boleh kekadang.


  • Walau bagaimanapun terpulang pada individu dan keperluan situasi semasa. Mana lebih elok, suka hati korang.